Venue: Grand Ballroom Magellan Sutera Harbour.
MENGADAP TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH TUN HAJI JUHAR HAJI MAHIRUDDIN
MENGADAP TOH PUAN DATIN SERI PANGLIMA NORLIDAH DATUK RM JASNI
BUKAN LEBAH SEBARANG LEBAH
LEBAH BERSARANG DI POKOK BULUH
BUKAN SEMBAH SEBARANG SEMBAH
SEMBAH MENYUSUN JARI SEPULUH
AWAL KALAM, PATIK DENGAN PENUH HORMAT DAN TAKZIM MEMANJATKAN KESYUKURAN KEHADRAT ILLAHI KERANA TELAH MENGURNIAKAN KEPADA TUAN YANG TERUTAMA KESIHATAN, RAHMAT, DAN KELAPANGAN MASA BAGI MEMBOLEHKAN TUAN YANG TERUTAMA BERANGKAT SAMA KE MAJLIS WALIMATUL URUS ANAKANDA SULUNG PATIK/SAYA NURSHILLA RAMLEE DAN SUAMINYA ANAKANDA MUSTAFA HJ SULAI PADA MALAM YANG BERSEJARAH DAN PERMAI INI.
TUANKU UMPAMA CENDERAWASIH
TERBANG DARI LANGIT YANG TINGGI
LAGI TURUN MENCECAH BUMI
MENCEMAR DULI KE MAJLIS KAMI
TUAN YANG TERUTAMA,
SETERUSNYA PATIK/SAYA MOHON PERKENAN TUAN YANG TERUTAMA UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN ALU-ALUAN KEPADA PARA HADIRIN; TETAMU-TETAMU YANG HADIR PADA MALAM INI.
YAB KETUA MENTERI SABAH
DSP MUSA HJ AMAN DAN YBGH DATIN SERI
YAB MENTERI KESELAMATAN DALAM NEGERI
DATO’ SERI DR ZAHID HAMIDI DAN DATIN SERI
YAB SPEAKER DEWAN UNDANGAN NEGERI
DSP DR MOHD SALLEH TUN SAID DAN DATIN SERI
YANG BERBAHAGIA TANSRI TANSRI, PUAN SRI PUAN SRI, DATUK SERI DATUK SERI, DATIN SERI DATIN SERI, DATUK DATUK, DATIN DATIN
TIDAK LUPA KEPADA SAHABAT KAMI YANG DATANG DARI JAUH UNTUK BERKONGSI KEGEMBIRAAN BERSAMA KELUARGA KAMI IAITU DATUK HJ SULIAN OMAR, CAPTAIN RIDWAN DAN KAK ARFAH SERTA IBU LANY BENJAMIN YANG TERBANG JAUH DARI AUSTRALIA, SETERUSNYA PARA HADIRIN YANG SAYA HORMATI SEKALIAN.
DIAWALI DENGAN BISMILLAH HI RAHMANIRRAHIM, MARILAH KITA SAMA-SAMA MEMANJATKAN KESYUKURAN KEPADA ALLAH SWT KERANA DENGAN IZIN-NYA JUA MAKA RANCANGAN MAJLIS INI MENJADI KENYATAAN. DI KESEMPATAN INI JUGA KAMI SEKELUARGA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TETAMU KERANA SUDI HADIR DALAM MAJLIS INI.
HADIRIN YANG DIHORMATI,
SESUNGGUHNYA SAAT PALING BAHAGIA BAGI IBU BAPA SEMASA HIDUP IALAH KETIKA BERLANGSUNGNYA PERNIKAHAN ANAK MEREKA. SANAK SAUDARA, KAUM KELUARGA, JIRAN TETANGGA DAN SAHABAT HANDAI DIUNDANG DAN JIKA BERKESEMPATAN, MEREKA AKAN TURUT MEMERIAHKAN DAN SAMA-SAMA BERGEMBIRA PADA HARI BAHAGIA ITU, SEPERTI DI MAJLIS PADA MALAM INI.
DALAM PADA ITU, KEHADIRAN TETAMU-TETAMU KEHORMAT DAN PARA HADIRIN LAH YANG SESUNGGUHNYA TELAH MENJAYAKAN DAN MENYERIKAN LAGI MAJLIS PADA MALAM INI. JIKA SAYA UNGKAPKAN RASA TERIMA KASIH SAYA INI DENGAN KATA-KATA, SUDAH TENTU PANJANGNYA BERJELA-JELA, TAKUT PULA ADA YANG TERLELAP MENDENGARNYA. JUSTERU ITU PENGHARGAAN YANG TINGGI INI HANYA MAMPU SAYA SIMPUL DAN ZAHIRKAN DENGAN SERANGKAIAN PANTUN.
RAMAINYA DATANG RAKAN TAULAN
KERANA MEMENUHI UNDANGAN KAMI
ATAS KEDATANGAN TUAN DAN PUAN
SANGATLAH BERBAHAGIA DI HATI KAMI
SEIRING MADAH PANTUN BERSAMBUT
HALWA TELINGA TANPA NAN JEMU
MESRA BERDAKAP KASIH TERPAUT
SEMADI DI KALBU BERTANDANGNYA TAMU.
MERAHNYA DELIMA MANISNYA NONA
BUAT SANTAPAN TUAN PUTERI
MAJLIS MERIAH PENUH BERMAKNA
KEHADIRAN SEMUA MENAMBAH SERI.
KEPADA MENANTU KAMI MUSTAFA, SERTA BESAN SAYA HAJI SULAI DAN HAJJAH ENDOH SULANI, SAYA DAN ISTERI SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KE DALAM KELUARGA KAMI. SEMOGA DENGAN KEHADIRAN ANAKANDA MUSTAFA, KELUARGA KITA AKAN MENJADI LEBIH BESAR DAN HUBUNGAN KITA AKAN LEBIH AKRAB LAGI.
KEPADA ANAKANDA KAMI NURSHILA, AYAH DAN IBU MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAH TANGGA. ANAKANDA SEKARANG SUDAH BERDUA BERSAMA SUAMI. AYAH DAN IBU AKAN SENTIASA MERESTUI DAN MENDOAKAN KEBAHAGIAAN ANAKANDA BERDUA.
WAHAI ANAKANDA KESAYANGAN AYAH
BANYAK SUDAH AYAH BERCELOTEH DAN BERMADAH
MENDENGARKAN NASIHAT JANGAN MENYALAH
SEMAK OLEH MU PETUA AMANAH
SUPAYA HIDUPMU BEROLEH BERKAH
WAHAI ANAKANDA KEKASIH IBU
MENDENGAR NASIHAT JANGANLAH JEMU
DIDALAMNYA BANYAK TERKANDUNG ILMU
UNTUK MENJADI BEKAL HIDUP MU
ANAKANDA BERDUA, INGATLAH PESAN ORANG TUA. ADAT ORANG BERSUAMI ISTERI, PAHIT MANIS SAMA DIRASA.
KALAU SEDIKIT SESUDU SEORANG
KALAU BANYAK SESENDUK SEORANG
KALAU TEBU SERUAS SEORANG
KALAU NANGKA SEULAS SEORANG
PAYUNG SAMA SATU BERTEDUH
PERAHU SATU SAMA MENYEBERANG
TIKAR SEHELAI SAMA DITIDURI
SELIMUT SATU SAMA DIKONGSI
TUAN YANG TERUTAMA DAN HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
KAMI SEKELUARGA MOHON MAAF JIKA
KALAU BERSALAM WAJAH TAK PANDANG
KALAU ADA NAMA TERSALAH SEBUT
KALAU ADA GELARAN TERSALAH UCAP
KALAU ADA DUDUK YANG SALAH TEMPAT
MAJLIS INI MERUPAKAN MAJLIS PERTAMA KALI SAYA DAN ISTERI ADAKAN. OLEH ITU, SUDAH PASTI BANYAK KEKURANGAN DAN KESILAPAN YANG BERLAKU. MENYEDARI HAKIKAT BAHAWA BUMI MANA YANG TAK DITIMPA HUJAN, LAUT MANA YANG TAK BERGELORA, MAKA DALAM MAJLIS INI BIASANYA ADALAH PINGGAN YANG RETAK, CAWAN YANG PECAH; ADA YANG TERMASIN DAN ADA PULA YANG TERMANIS; ADA YANG KURANG DAN ADA PULA YANG TERLEBIH. LANTARAN ITU,
KAPAL API DARI SEBERANG
SARAT DENGAN BARANG-BARANGAN
JIKA ADA TERLEBIH TERKURANG
KAMI MOHON ~ DIUMPAT JANGAN, DICACIPUN JANGAN.
NAMUN KAMI PERLU MEMOHON MAAF ATAS SEGALA KEKURANGAN ITU.
KUNANG-KUNANG TERBANG KE LEMBAH
HINGGAP BERSARANG DIPOHON BULOH
PINANG MENGADAP SIRIH PENYEMBAH
KAMI MENYUSUN JARI SEPULUH.
UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS INI, TIDAK MAMPU SAYA BERSAMA ISTERI MELAKUKANNYA TANPA BANTUAN. SESUNGGUHNYA RAMAI RAKAN, TAULAN DAN SAUDARA-MARA YANG MEMBANTU MENJAYAKAN WALIMATUL URUS INI. NIAT DI HATI HENDAK MENYEBUT NAMA SATU PERSATU, NAMUN BIMBANG ADA NAMA YANG TERTINGGAL ATAU TERSALAH SEBUTAN. NAMUN BEGITU, KEPADA:
YANG MENEGAKKAN BALAI
YANG MENGIKAT ATAP
YANG MEMBELAH KAYU
YANG MEMOTONG BULUH
YANG MENYAMBUT TETAMU
YANG MENYUSUN BUNGA TELUR
YANG MENGHIAS PELAMIN
YANG DAN YANG PELBAGAI LAGI
TERIMA KASIH DIATAS SEMUA BANTUAN YANG DIBERIKAN. BUDI DAN JASA SAYA SERAHKAN KEPADA ALLAH SWT. TERIMA KASIH DAUN KELADI, JANGAN PULA SERIK TOLONG LAGI.
TUAN YANG TERUTAMA DAN TETAMU YANG DIHORMATI,
ADA HULU ADA MUARANYA
ADA KEPALA ADA EKORNYA
ADA MULA ADA AKHIRNYA
ADA AWAL ADA PENYUDAHNYA
DEMIKIAN SAHAJA LAH UCAPAN PENGHARGAAN PATIK KEPADA SEMUA HADIRIN. SEKALI LAGI PATIK BERSAMA ISTERI DAN KELUARGA MELAFAZKAN UNGKAPAN JUNJUNGAN KASIH DI ATAS KESUDIAN TUAN YANG TERUTAMA SUDI BERANGKAT KE MAJLIS INI. BEGITU JUGA KEPADA YBHG KETUA MENTERI, DAN SEMUA TETAMU SEMOGA MAJLIS MALAM INI DAPAT MEMANJANGKAN SILATURAHIM SESAMA KITA. SUDILAH KIRANYA MENDOAKAN KEBAHAGIAAN RUMAHTANGGA DUA MEMPELAI INI SUPAYA BERKEKALAN SEHINGGA AKHIR HAYAT.
SEMOGA DOA KITA DIRAHMATI. RABBANNA ATINAH, WAQINNAH ‘AZABANNAR. WASSABIHI WASSALAM.
SEKIAN, ASSALAMMUALAIKUM WBT.
TERIMA KASIH.
(Sekadar contoh dan perkongsian ilmu)
Tq... Tumpang kongsi
ReplyDeleteMENARIK MOHON SHARE
ReplyDeletemohon share ye
ReplyDeletesaya pun mohon share ye.
ReplyDeletetuan. mohon share
ReplyDeletetuan. mohon share
ReplyDeletemohon share...terima kasih banyak
ReplyDeleteSaya juga mohon kongsi, bolehlah meniru untuk dicontohi di majlis seperti ini, boleh kan?
ReplyDeleteMohon kongsi ya. Terimakasih.
ReplyDeleteasssalamualaikum Tuan,
ReplyDeleteMohon Share ya. terima kasih.
Terima kasih atas perkongsian, minta izin sebagai sumber ilhamku
ReplyDelete