Yang Merah Itu Saga, Yang Kurik Itu Kundi, Yang Indah Itu Bahasa, Yang Indah Itu Budi.
Anak Kecil Main Api
Terbakar Hatinya Yang Sepi
Air Mata Darah Mengalir Keringat
Bumi milik diancam orang
Nenek Moyang Kaya Raya
Tergadai Seluruh Harta Benda
Akibat Sengketa Sesamalah Kita
Cinta Lenyap Di Arus Zaman...
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri
Masa Depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi sudah hilang
Kita rumpun bangsa Melayu
Menganut Agama Yang Suci
Semangat Bangsa Berlandaskan Islam
Teras capai kemerdekaan
Dari masa hingga masa
Petualang menghancurkan Bangsa
Alatkan Agama Demi Peribadi
Pupus kita di bumi Ilahi
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah Terlalai Teruskan Usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Banyak sungguh bunga melati,
Bawa mari ke dalam pekan;
Hidup kita lawan mati,
Mana jahat kita tinggalkan.
Salam Ikhlas,
Jayn Saidin
Selepas GE-13
11 years ago
Salam anty,
ReplyDeleteSyabas atas inisiatif membuat kompilasi puisi dlam blog anty. Sememangnya warisan zaman-berzaman yang melambangkan kehalusan budi ini harus dihargai dan dipelihara. Walaupun kita mungkin seringkali mendengar laungan seperti ini, tetapi tidak ramai yang melangkah setapak lagi dengan membuat seperti apa yang anty lakukan.
Bagi L, sekurang-kurangnya tidaklah lagi terkapai2 mencari kesana-kemari apabila memerlukan puisi untuk digunakan dalam ucapan di pelbagai jenis majlis yang bersesuaian. Saya yakin, koleksi dan kompilasi dalam blog anty akan bertambah dari semasa ke semasa.
Selain daripada itu, pastinya kompilasi puisi anty ini boleh membantu sebagai salah satu rujukan dalam buku BLP yang sedang L siapkan. Terima Kasih anty.
Bah...ada royalti tu kalau guna bahan anty...hahaha..It's ok bah..ilmu yang digunakan bersama, akan lebih berkembangkan? Memang anty buat ini untuk tujuan itu juga. Pengalaman anty mencari bahan2 yang sesuai wlupun ramai kata semuanya di hujung jari bukanlah semudah mengatakannya. Kita perlukan masa dan penelitian. Dan selalunya kita tidak punyai itu jika tugasan datang mendadak..tq for the support anak2 buah..
ReplyDelete