01. Yang hidup sesarkan mati = setiap sesuatu itu ada batasnya dan ada pula penggantinya.
02. Yang lumpuh penghuni rumah = Setiap orang ada perasaannya.
03. Yang tinggi tampak jauh, yang dekat julung bersua = Dalam sesuatu usaaha, pemimpinlah yang bertanggungjawab dan dialah yang mendapat pujian atau celaan.
04) Yang tajam tumpul, yang bisa tawar = Segala persengketaan dapat diselesaikan dengan perbincangan dan perkataan yang lemah lembut
05) Yang pekak pelepas bedil, yang buta pengembus lesung, yang bisu penggera ayam, yang lumpuh penghuni rumah = Setiap orang ada fungsinya.
06) Ya sepanjang hari, janji sepanjang jalan = Mudah membuat janji tapi sukar melaksanakan.
07) Yang berbaris, yang berpahat; yang bertakuk, yang bertebang = Kerja ikut peraturan.
08) Yang berpuru selalu hendak menggaru = orang yang bersalah tidak pernah tenang hatinya.
09) Yang buntal kutil-mengutil, yang jerung luluh-meluluh = Yang miskin hidup berjimat-cermat, yang kaya boros berbelanja.
10) Yang disangka tidak menjadi. yang diam boleh ke dia = Seorang yang telah bertunang, akhirnya orang lain yang berkahwin dengan tunangnya.
11) Yang disuruh tenggelam, yang menyuruhpun tenggelam = Yang malas disuruh mengawasi yang malas juga, akhirnya sia-sia sahaja.
12) Wau melawan angin = Kehendak orang besar (berkuasa) tidak dapat dihalang oleh orang kecil(lemah)
13) Wayang kepadaman damar = Keadaan kacau-bilau yang berlaku dengan tiba-tiba.
14) Warta dibawa pikat dan langau = Khabar angin.
15) Walau sejengkal lautan = seseorang yang berketurunan orang berilmu, sedikit-sebanyak dia juga berilmu.
16) Walau disepuh emas lancung, kilat tembaga tampak jua = Walau bagaimana sekalipun orang biadap diajar, akan kelihatan juga perangainya yang kurang baik.
17) Usir asap, meninggalkan api = Mengharap untung besar yang belum pasti, dibuang untung kecil yang ada.
18) Untung tak dapat diraih, malang tak dapat ditolak = Nasib tidak dapat diubah.
19) Upas berulam racun = Banyak kejahatan.
20) Upah bidanpun tidak berbayar = anak-anak yang menyusahkan ibu-bapanya.
21) Terenang-renang tak hanyut, terapung-apung tak timbul = Nampak sibuk bekerja tapi hasilnya tak seberapa.
22) Terdorong kaki badan merasa, terdorong lidah emas padahnya = Berbuat sesuatu mestilah berhati-hati.
23) Terendam sama basah, terampai sama kering = Perhubungan yang sangat karib.
24) Terdorong gajah kerana besarnya = Malang kerana kelebihannya.
25) Terbuang bunga sekaki = Kerana kasihan pada yang ramai, keluarga sendiri yang seorang disia-siakan.
26) Terbuka mulut, terpancut hati = Orang yang banyak bercakap, tak pandai menyimpan rahsia.
27) Teralang-alang bagai sampah dalam mata = Keraguan yang tidak dapat ditunjukkan.
28) Tepian mata = Kekasih.
29) Terapung sama hanyut, terendam tak basah = Perundingan yang belum ada keputusan.
30) Telur sesangkar, pecah satu pecah semua = bersatu padu.
31) Telur enggang dieram merbuk = Anak orang bangsawan diperisteri oleh orang kebanyakan.
32) Telunjuk mencucuk mata = Dikhianati oleh orang kepercayaan sendiri.
33) Telentang sama menadah embun, tertiarap sama memakan pasir = Orang yang seia sekata dalam pergaulan.
34) Telinga bagai telinga rawah = Tidak mengendahkan nasihat atau tunjuk ajar orang.
35) Taruh sama dia = Balas dendam.
36) Taruh beras dalam padi = Simpan rahsia baik-baik.
37) Taruh di anak lidah = Suami atau ayah yang terlalu sayang kepada anak isterinya.
38) Tebu pada awak, peria pada teman = Disukai seseorang, dibenci oleh orang lain.
39) Tegak di batas = Menyamun.
40) Tandunk bersendi gading = Padan dan sangat cocok.
41) Tak dahaga si penunggu telaga = Berkawan dengan orang pandai tak akan susah.
42) Tak berberas akan ditanak = Tiada sebarang kepandaian untuk ditunjukkan.
43) Kepala ke bawah, kaki ke atas = Bertungkus-lumus bekerja.
44) Mati enau tinggal di rimba = Orang yang hina jika mati tidak akan disebut orang lagi.
45) Mati puyuh hendakkan ekor = Ingin mendapat sesuatu yang tidak mungkin tercapai.
46) Laksana pohon kayu tidak berbuah = Ilmu yang ada tidak digunakan.
47) Burung terbang dipipiskan lada = Sudah bersiap sedia menikmati hasil yang belum diperolehi lagi.
48) Busuk daging dikincah, dimakan; busuk ikan dibuang = Walaupun saudara atau keluarga sendiri terlampau jahat, kita tidak sampai hati untuk memulaukannya sebagaimana kita menyalahkan orang lain yang tidak ada kaitan dengan keluarga sendiri.
49) Lain Bengkulu lain Semarang = Zaman dan keadaan berubah-ubah.
50) Kerana hati mati, kerana mata buta = Orang yang mengikut hawa nafsu akhirnya musnah.
Selepas GE-13
11 years ago
Segenggam digunungkan setitik dilautkan = Amat dihargai (precious)
ReplyDelete