Aku suka berumah tinggi,
Pelantar besar sudah roboh;
Aku suka beranak tiri,
Anak besar senang disuruh.
Ambil parang cuba dikerat,
Ekornya pendek putus sekerat;
Harimau garang dapat dijerat,
Mulut ternganga dihurung lalat.
Selepas GE-13
11 years ago
hari petang mandi berlimau
ReplyDeletepuput dan suling suaranya nyaring
lintang pukang lari harimau
melihat kambing menari piring
kurang seratus terima gaji
kepala pusing hutang terbayang
sejak tikus berangkat haji
banyak kucing yang sembahyang