Ada damak ada ipuh,
Naik ke bukit nampak sumpitnya;
Emas perak senang disepuh,
Kalau besi nampak karatnya.
Ada rumah tidak berpintu,
Ada pintu tidak bertingkap;
Rimau garang memang begitu,
Mengaum saja tidak menangkap.
Ambil kain cuba dilipat,
Kain batik bunganya rapat;
Puas dipancing ikan tak dapat,
Cabut joran alih tempat.
Selepas GE-13
11 years ago
Usah dipisahkan irama dan lagu,
ReplyDeleteRentak harmoni gendang dipalu,
Usah dituruti nafsu nan belenggu,
Agar hidup nan mewah berbakti selalu.
Cabut joran beralih tempat,
ReplyDeleteBeralih tempat dayung perahu
Jika disana juga tak dapat.
Mungkin umpan ikan tak mahu.