Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, October 31, 2009

Persahabatan By Khalil Gibran

Dan seorang remaja berkata, Bicaralah pada kami tentang Persahabatan.

Dan dia menjawab:
Sahabat adalah keperluan jiwa, yang mesti dipenuhi.
Dialah ladang hati, yang kau taburi dengan kasih dan kau tuai dengan penuh rasa terima kasih.
Dan dia pulalah naungan dan pendianganmu.
Kerana kau menghampirinya saat hati lupa dan mencarinya saat jiwa mahu kedamaian.

Bila dia berbicara, mengungkapkan fikirannya, kau tiada takut membisikkan kata “Tidak” di kalbumu sendiri, pun tiada kau menyembunyikan kata “Ya”.
Dan bilamana dia diam,hatimu berhenti dari mendengar hatinya; kerana tanpa ungkapan kata, dalam persahabatan, segala fikiran, hasrat, dan keinginan dilahirkan bersama dan dikongsi, dengan kegembiraan tiada terkirakan.
Di kala berpisah dengan sahabat, tiadalah kau berdukacita;
Kerana yang paling kau kasihi dalam dirinya, mungkin kau nampak lebih jelas dalam ketiadaannya, bagai sebuah gunung bagi seorang pendaki, nampak lebih agung daripada tanah ngarai dataran.

Dan tiada maksud lain dari persahabatan kecuali saling memperkaya roh kejiwaan.
Kerana cinta yang mencari sesuatu di luar jangkauan misterinya, bukanlah cinta , tetapi sebuah jala yang ditebarkan: hanya menangkap yang tiada diharapkan.

Dan persembahkanlah yang terindah bagi sahabatmu.
Jika dia harus tahu musim surutmu, biarlah dia mengenali pula musim pasangmu.
Gerangan apa sahabat itu jika kau sentiasa mencarinya, untuk sekadar bersama dalam membunuh waktu?
Carilah ia untuk bersama menghidupkan sang waktu!
Kerana dialah yang bisa mengisi kekuranganmu, bukan mengisi kekosonganmu.
Dan dalam manisnya persahabatan, biarkanlah ada tawa ria dan berkongsi kegembiraan..
Kerana dalam titisan kecil embun pagi, hati manusia menemui fajar dan ghairah segar kehidupan.

~ Khalil Gibran

P.s Jayn : Begitu mendalam, begitu bererti dan teramat memilukan juga kerana memang amat sukar menemukan sahabat sejati seperti yang digambarkan dalam puisi ini. Bukan sekadar mengisi kekosongan tetapi untuk berkongsi kegembiraan.

3 comments:

  1. Salam anty,

    #1. Nice skin / outlook blog anty ni. :-) sesuai dengan konsep tradisionalnya. "SEGENGGAM DIGUNUNGKAN SETITIK DILAUTKAN" memang Best!

    #2. Post Persahabatan ni memang halus dan mendalam. Kadang kala puisi seumpama ini perlu di baca berulang-ulang untuk mencapai faham. Tapi yang jelas, memang bukan mudah mendapat sahabat karib seperti yang diunggkapkan disini. Masih adakah insan sedemikan dizaman ini anty?

    ReplyDelete
  2. #1. Memang sengaja cari skin ala-ala tradisional..dan ungkapan itupun memang best...kata2 melayu ini memang amat bermakna jika benar2 diamati..pengajaran secara halus dan berhemah.

    #2. Rasanya dalam berapa ratus ribupun sahabat yg digambarkan KG itu sukar untuk ditemui, namun jika kita dapat 50% sahajapun suda cukuplah. Untuk membunuh masa katanya. Kadangkala, teman untuk itupun sukar kita dapatkan..Begitu besarnya erti sahabat..nilai tidak terhingga. diri kita menjadi tidak lengkap tanpanya...Apa2pun, terpaksalah menghargai apa sahaja yang kita masih ada...

    ReplyDelete
  3. Anty belajar bersahabat dengan diri sendiri, dan tidak merasa sebarang kekurangan tetapi memang ada masa-masanya kita rindu mendengar suara orang lain selain bunyi yang keluar dari mulut kita sendiri...Anty betul2 suka frasa - membunuh waktu - itu.

    ReplyDelete